01 April 2011

Sementara Ada Nafas

Kita(manusia) hidup di dunia ini akan ada kesudahannya(tidak kekal). 
Kesudahan yang diistilahkan dengan MATI.

Selepas mati kita akan berada di alam kubur(juga dipanggil alam Barzakh). 
Di alam ini, kita akan diberi pembalasan dengan apa yang telah kita buat semasa hidup di alam dunia. Kalau kita buat baik maka akan dibalas dengan nikmat. Kalau kita buat jahat maka akan dibalas dengan seksa.

Di alam barzakh ini kita kekal dibalas sama ada dengan nikmat atau azab sehingga tibanya masa untuk berada di alam akhirat pula.

Jadi, peluang untuk menikmati kenikmatan di alam Barzakh adalah semasa kita tidak sampai ke waktu mati.

Iaitu berbuat baiklah sebanyak mungkin dan semampu yang mungkin sebelum MATI.

No comments:

Post a Comment