06 November 2010

BERPINDAH DAN BERPINDAH

Yang pasti, akan berlaku adalah aku akan mati. 
Mati dengan kata lain adalah aku berpindah alam. 
Dahulu alam yang aku tinggal  adalah di alam roh. 
Kemudian setelah sampai masa berpindah ke alam rahim ibu. 
Kemudian selepas sampai masa berpindah ke alam dunia. 
Kemudian selepas sampai masa berpindah pula ke alam kubur. 
Kemudian selepas sampai masa berpindah pula ke alam akhirat. 
Dan terakhir sekali berpindah pula sama ada ke alam syurga atau ke alam neraka.


Berpindah ke alam kubur adalah satu alam untuk menerima balasan dari hasil usaha aku semasa tinggal di alam dunia. Kalau di alam dunia aku taat dengan suruhan Allah swt maka di alam kubur ini aku akan menerima balasan nikmat.
Kalau semasa di alam dunia dulu, jika aku banyak melawan dan derhaka dengan suruhan Allah swt maka di alam kubur ini aku akan kena seksa.

Ya Allah Ampunkanlah dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami. Selamatkanlah kami dari seksa dan fitnah kubur. AMIN.

No comments:

Post a Comment